Oleh Redzuanon
Krisis dalaman PAS sengaja dibayangkan tidak serius oleh golongan ulama
yang mentadbir parti itu sejak Muktamar ke 61, yang memusnahkan sama
sekali kepimpinan puak profesional.
Bagaimanapun, riak-riak cemas
dalam kalangan ulama PAS boleh dibaca lewat amaran yang mereka berikan
terhadap pemimpin dan penyokong puak profesional. Daripada hierarki
tertinggi, Presiden Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man
sehinggalah yang lebih bawah, Ketua Penerangan Nasrudin Tantawi dan
lain-lain; semuanya memberi ingatan mana-mana pemimpin yang berjuang
meninggalkan PAS akan karam.
Mereka memberi contoh parti serpihan
seperti Hamim dan Berjasa yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS terdahulu
akhirnya kalah dalam pilihan raya, mengecil dan tidak berkesinabungan
selepas beberapa tahun. Parti Melayu Semangat 46 juga dijadikan
ikhtibar. Parti serpihan Umno itu akhirnya dibubarkan dan pengikutnya
kembali semula kepada Umno selepas 1996.
PKR gemilang
Bagaimanapun, puak pro ulama terlupa menjadikan PKR sebagai
perbandingan. Parti yang ditubuhkan oleh isteri Anwar Ibrahim ini
daripada hanya menang beberapa kerusi parlimen dalam pilihan raya umum
(PRU) 1999 bertukar menjadi parti pembangkang paling banyak mendapat
kerusi dalam PRU 2008.
Puak profesional berpegang kepada hujah
mood rakyat dan kejayaan PKR membulatkan tekad mereka membentuk parti
baharu. Bagi profesional tiada guna mereka berada dalam PAS yang tidak
menjanjikan peluang dan ruang untuk bergerak. Sedangkan mood rakyat
menolak BN tetapi ulama PAS pula ingin bersekongkol dengan Umno. Oleh
itu, mereka akan memanfaatkan mood rakyat dan seboleh-bolehnya ingin
mengulangi sejarah kegemilangan PKR.
Ura-ura penubuhan parti
baharu ini telah menarik minat pemimpin PAS di semua peringkat. Mereka
didakwa bosan dengan kepimpinan Hadi yang tidak boleh ditegur dan
terlalu mengikut telunjuk think tank parti yang tidak diketahui asas
pemikiran atau rujukan.
Penolakan boleh dilihat ketika mesyuarat
pertama Badan Perhubungan PAS Johor yang hanya dihadiri 11 ahli daripada
26 Kawasan di Johor.
Keluar parti
Mesyuarat pertama itu
sepatutnya dihadiri 52 ahli iaitu Yang DiPertua dan setiausaha kawasan
di samping Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad. Tidak lama
selepas itu, pemimpin PAS Johor bermesyuarat di Bakri, Muar dihadiri
oleh hampir kesemua pemimpin puak profesional. Dalam mesyuarat itu
mereka mencapai persetujuan untuk menubuhkan sebuah parti baharu.
Di Kedah, dikhabarkan ketidak puasan hati ahli PAS akan menyaksikan
gelombang keluar parti beramai-ramai. Lebih buruk lagi, di peringkat
pusat beberapa dermawan yang selama ini memberi sumbangan kepada PAS
juga didakwa telah menarik diri.
Dengan kemerosotan sebegitu
teruk sokongan pemimpin peringkat kawasan dan cawangan kepada pucuk
pimpinan, dijangkakan arus penghijrahan ahli PAS ke dalam parti baharu
kelak sangat kencang. Mungkin lebih hebat berbanding penghijrahan ahli
Umno ke dalam Parti Keadilan Nasional pada 1999.
Ahli yang tidak
berhijrah pula belum tentu akan memberi undi kepada PAS dalam pilihan
raya. Jadi asas untuk pemimpin PAS gentar memang wujud. Mereka terbayang
kekalahan bertanding di kawasan-kawasan yang kurang 80 peratus pengundi
Melayu.
Malah di Kelantan, misalnya Kota Bharu pun belum tentu
PAS akan menang. Situasinya mungkin berulang seperti PRU 1978 apabila
PAS ditentang tiga penjuru oleh Umno dan parti serpihan Berjasa.
Lebih segar
Apa pun parti baharu dilihat lebih segar kerana tidak mempunyai
struktur didominasi ulama yang memiliki kuasa veto. Tidak ada Majlis
Syura Ulama atau Dewan Ulama yang merupakan kuasa pemutus dasar-dasar
parti.
Semua keputusan dibuat secara demokrasi dalam mensyuarat
AJK Pusat. Parti baharu ini mirip kepada Parti Keadilan dan Pembangunan
(AK) pimpinan Recep Tayyib Erdogan di Turki, yang memisahkan diri
daripada parti Refah yang mirip PAS pada 2001 lalu.
Hanya setahun
selepas AK ditubuhkan mereka memenangi PRU Turki pada 2002 walaupun
ditentang oleh parti-parti sekular yang berpuluh tahun wujud dan pihak
tentera yang menjaga perlembagaan sekular Turki.
Gelombang
Erdogan akan sekali lagi melanda Malaysia selepas PKR yang menerima
nasihat dari Turki telah mencapai tahap maksimum pada PRU 2013.
Dijangkakan parti baharu yang akan dilancar selepas Hari Raya Aidilfitri
ini akan segera dipimpin oleh kalangan ahli parlimen dan ADUN PAS yang
berhijrah keluar pada gelombang pertama
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment