Home » » Penangan Usul Ulama.

Penangan Usul Ulama.

Oleh Ridzwan Abu Bakar

Muktamar ke 61 Pas telah berakhir dengan pelbagai kenangan kepada perwakilan dan pemerhatinya.

Antara isu yang masih hangat 'diikuti' masa ini adalah Usul Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP, setelah mengikuti pelbagai komen dari pimpinan dan pemerhati politik, saya simpulkan :

1. Usul tersebut diluluskan sebulat suara dalam muktamar ulama untuk mendesak MSU dan JK Pusat supaya memutuskan hubungna dengan DAP.

2. Atas kesedaran bahawa 'sifat' sesuatu usul itu hendaklah tepat dan kukuh dan peranan Muktamar sebagai kuasa tertinggi, maka JK Usul telah menerima usul tersebut untuk dibahas dalam muktamar dengan sedikit pindaan ayat supaya menepati sifat satu usul.

3. JK Pusat dalam mesyuarat khasnya juga bersetuju untuk usul tersebut dibahas dalam muktmar.

4. Pengerusi JK Usul telah diarah oleh Murshidul Am dan Presiden untuk menerima usul tersebut TANPA BAHAS.

5. Susulan dari penerima usul tersebut TANPA BAHAS telah menimbulkan pelbagai insiden sampingan, antaranya :

a. Kerajaan Pulau Pinang (yang diketuai DAP) telah mendesak ahli Pas yang memengang jawatan untuk meletakkan jawatan mereka dalam kerajaan Pulau Pinang.

b. Bekas Timbalan Presiden Pas dan bekas AJK Pusat telah meletakkan jawatan mereka serta merta kerana mematuhi usul yang diTERIMA tanpa bahas.

c. Naib Presiden Pas yang baru, Dato' Ammar berkata "sekiranya usul ini diterima oleh Majlis Syura, maka satu muktamar khas akan diadakan". Dimana letaknya lagitimasi muktmar sebagai kuasa tertinggi sehingga perlu disahkan oleh MSU dan perlu diingat ahli MSU sebahagian besarnya adalah AJK Pusat.

d. Dato' Iskandar A Samad pula menyatakan Selangor akan bekerja seperti biasa dengan DAP. Ini bertentangan dengan usul yang telah diTERIMA tanpa bahas.

Inilah hasil dari زلة kegelinciran para 'ulama' yang akhirnya mereka menyatakan pihak lain yang 'gopoh', kalau benar Dewan ulama tidak gopoh, mengapa Ahli MSU yang juga bertindak sebagai Ahli Muktamar ulama tidak bertindak menghalang usul ini atau berbincang dahulu sebelum dipanjangkan kepada JK Usul Muktamar?. Ulama juga sejak dua Multaqa yang lalu memang berusaha untuk 'mengkaji' hubungan dengan pihak lain bahkan Murshidul Am menegaskan dalam ucapan perasmian muktamar ulama bahawa 6 syarat tahaluf telah dicerobohi.

"Takutlah kepada kegelinciran dan kegopohan ulama kerana kesannya cukup besar di kalangan manusia".

saya amat mengharapkan MSU bersidang segera dan MENGEKALKAN keputusan untuk MEMUTUSKAN hubungan dengan DAP supaya suara ulama tidak terus dipermainkan.
NAMA BAIK Ulama Pas berada di tangan ahli MSU sekarang ini.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.