Oleh Lim Hong Siang
Saya terpanggil untuk menyokong ustaz Ahmad Awang sebagai Presiden PAS. Bukan tidak
menghormati atau tidak menghargai jasa dan sumbangan Tuan Guru Hadi Awang, tetapi PAS menggalas misi yang lebih besar pada zaman politik yang genting ini.
Saya sedikitpun tidak menafikan kebijaksanaan pimpinan TGHH selepas Tsunami Politik pada 8 Mac 2008. Ia bukan sesuatu yang mudah, kerana pemimpin PAS perlu mengimbangi antara tradisi perjuangannya dengan tuntutan politik baru daripada rakyat.
Kita perlu mengakui bahawa semua parti politik berdepan dengan cabaran itu, dan tiada yang sempurna ketika menyesuaikan diri dalam struktur dan suasana politik sebegitu. Harapan rakyat tinggi, pada masa yang sama, semua parti komponen Pakatan Rakyat diasak dari kiri dan kanan oleh UMNO-BN.
Apapun kita melaluinya sehingga 5 Mei 2013. Perselisihan pandangan sesuatu yang lumrah. Malah perbezaan dalam isu Hudud antara PAS dengan DAP bukan sesuatu yang baru.
Persoalannya dalam ruang yang sempit sebegitu, mustahil Pakatan Rakyat menyelesaikan semua isu dalam satu tempoh yang singkat.
Kita akui sahaja bahawa generasi kita masih belum cukup kebijaksanaan untuk menguruskan perbezaan ini.
Kita serahkan kepada generasi akan datang. Tetapi pada masa yang sama, kita mampu menangani isu rasuah, penyelewengan, kerakusan kuasa dan sebagainya, yang mencengkam rakyat setiap hari dalam kehidupan mereka.
Untuk itu kita memerlukan satu pertukaran kuasa di peringkat persekutuan, sekurang-kurangnya sekali, agar semua parti politik sedar bahawa rakyat yang menentukan jatuh turun seseorang pemimpin, agar rakyat tidak pasrah, dan terus melawan, bukan sahaja UMNO-BN, tetapi berani melawan segala rasuah termasuk oleh Pakatan Rakyat pada masa depan. Dengan itu semua insan hidup bermaruah, semua insan merasakan dirinya tuan yang menentukan masa depan tanahairnya, anak cucunya.
Di sini PAS perlu mempertimbangkan di mana kedudukannya. Kita bukan menuduh TGHH sewenang-wenangnya. Kita tiada masalah dengan perbezaan pandangan dalam isu Hudud. Pertikaian yang sama juga berlaku dengan Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Tetapi kita sekadar berbeza pandangan. Tak pernah kita tuduh TGNA berbelit-belit dalam kenyataan dan pendiriannya. Tak pernah kita pertikai sama ada TGNA seorang yang beramanah. Susuk beliau menjawab segala-galanya.
Tetapi kita bingung dengan kenyataan dan pendirian TGHH yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Kita menghormati PAS sebagai sebahagian Pakatan Rakyat, lantas Presiden PAS semestinya diiktiraf sebagai pemimpin Pakatan Rakyat. Cuma, apakah Presiden PAS melihat dirinya pemimpin semua rakyat Malaysia, atau sekadar pemimpin PAS? PAS untuk semua, kini tinggal sebagai slogan yang kalau dilaungkan, lebih berbunyi bagai sindiran.
Secara terus-terang saya mengakui bahawa diri saya bukan penyokong tegar PAS, malah saya bukan penyokong tegar mana-mana parti politik. Tetapi saya tidak sinis terhadap parti politik.
Selagi kita berada dalam sistem politik ini, kita memerlukan parti politik untuk menjatuhkan parti politik yang lain - tumbang-menumbang, guling-mengguling ini sesuatu yang biasa - demi sesuatu yang lebih baik, kalaupun bukan lebih baik, sekurang-kurangnya sebagai pendirian kita untuk menolak status quo - apa yang sedia ada sekarang.
Kita boleh hentikan jam dalam parlimen, tapi masa tidak menunggu kita, termasuk PAS. PAS perlukan satu permulaan yang baru, dan ia akan menghidupkan semula Pakatan Rakyat. Ini bukan zaman Anwar Ibrahim, ini zaman semua parti Pakatan Rakyat bekerjasama secara matang untuk menangani perbezaan, dan bersatu untuk menjuruskan perubahan besar dalam politik Malaysia.
Sekalung perhargaan untuk sumbangan TGHH sepanjang tempoh yang lalu. Tidak semua pemimpin politik berada di kemuncak kerjaya politiknya sepanjang hayat.
Pemimpin datang dan pergi, tetapi perjuangan harus diteruskan, supaya pengorbanan pemimpin yang lain diberikan makna.
Semoga muktamar PAS kali ini memaknakan perjuangan kita selama ini.

0 comments:
Post a Comment