Home » » 146 anak muda gesa pembangkang tubuh gabungan baru

146 anak muda gesa pembangkang tubuh gabungan baru

Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu merupakan indikasi jelas harapan rakyat yang mahu melihat Malaysia ditadbir oleh sebuah Kerajaan yang lebih baik sekaligus menamatkan era pemerintahan fasis Barisan Nasional. Hal ini juga terbukti secara faktual apabila graf pencapaian Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum semakin merudum dari tahun ke tahun biarpun pelbagai langkah popular dilakukan untuk meraih semula kepercayaan pengundi.

Namun polemik demi polemik yang melanda Pakatan Rakyat telah membunuh harapan rakyat yang ingin melihat sebuah Kerajaan yang lebih baik. Anak muda berasa mual melihat parti-parti yang kononnya berpakat, tetapi gagal mengurus egosentrik lantas memberi talian hayat kepada Kerajaan minoriti Barisan Nasional.

 Melihat kepada isu ekonomi yang terus mencekik kehidupan rakyat, krisis kepimpinan Negara yang dihimpit skandal dan korupsi, serta kesenjangan sosial yang masih tidak bebas daripada politik perkauman, maka anak muda hari ini melihat perlunya sebuah gabungan inklusif yang akan memimpin perjuangan menegakkan cita-cita rakyat. Oleh itu anak muda ingin mengusulkan perkara berikut untuk segera dilaksanakan oleh parti-parti pembangkang.

1. Gabungan Baru : Demi Rakyat.

Mempercayai bahawa harapan rakyat untuk melihat perubahan itu masih menyala, maka Anak Muda mendesak agar parti pembangkang segera membentuk gabungan yang baru demi meneruskan cita-cita rakyat. Parti-parti pembangkang perlu konsisten dalam menjadikan harapan rakyat sebagai fundamental kerjasama, seterusnya memangkas perbezaan dan memberi tumpuan untuk merealisasikan perubahan. Gabungan yang baru ini perlulah lebih kemas dengan dipandu terma-terma rujukan yang lebih jelas.

2. Prinsip Kerjasama Lebih Tegas.

Melihat kepada kepincangan jalinan kerjasama yang terbentuk dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, anak muda ingin mencadangkan supaya prinsip berikut mesti dimasukkan sebagai teras penting kepada pembentukkan gabungan yang baru:
         i.            Gabungan mestilah berkerja berteraskan polisi bersama yang disepakati. Polisi tersebut mestilah menjulang cita-cita rakyat sebagai asas kerjasama. Setiap Parti yang menyertai gabungan perlu bersedia untuk meletakkan polisi bersama ini sebagai prioriti yang perlu diutamakan.
       ii.            Setiap parti perlu bersedia untuk meletakkan kepentingan parti sebagai perkara kedua sekiranya bertembung diantara kepentingan parti dan kepentingan gabungan. Hal ini bagi memastikan tidak wujud lagi tindakan-tindakan esoterik parti tertentu yang boleh menggugat kestabilan gabungan.
      iii.            Menjadi obligasi setiap parti untuk memastikan gabungan terus kuat dan utuh. Setiap keputusan yang dibuat diperingkat gabungan perlulah melalui proses konsolidasi bagi mencapai persepakatan bersama.

3. Gabungan Inklusif.

Anak muda juga melihat gabungan baru yang bakal dibentuk ini perlu melibatkan sebanyak mungkin pihak berkepentingan dalam proses membuat keputusan. Tatanan pemikiran lama yang mengatakan pemimpin tahu segalanya sudah terlalu tua untuk diamalkan dalam politik kontemporari. Hal ini juga bagi menyahut saranan banyak pihak yang menyifatkan gabungan pembangkang akan lebih kuat dengan sokongan dan kerjasama NGO. Oleh itu, anak muda mencadangkan supaya diadakan sesi pertemuan diantara parti-parti pembangkang dan juga anak muda  dalam masa 14 hari dari sekarang. Anak muda percaya adalah menjadi keperluan mendesak untuk gabungan baru ini ditubuhkan segera.


Sekian.


Demi Malaysia
Kenyataan media ini dibuat secara bersama oleh 146 anak muda.

Berikut senarai nama anak muda yang bersama dalam kenyataan ini:

1.       Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab
2.       Mandeep Singh
3.       Gan Yu Lin
4.       Md Ashraf
5.       Adam Adli
6.       Lau Yi Leong
7.       Amir Abd Hadi
8.       Tarmizi Anuwar
9.       Muhammad Nasir
10.   Akmal Azmi
11.   Ammar Harith
12.   Muhammad Amirul
13.   Syed Marwan Syed Azman
14.   Asyraf Muiz Roslan
15.   Jay Jay Denis
16.   Heng Kiah Chun
17.   Halmie Azrie
18.   Khairol Najib
19.   Ahmad Saqif
20.   Ahmad Aqiel Abd Rahim
21.   Mustapha Kamal
22.   Al Mughni Shah Jabran
23.   Ibrahim Yaakob
24.   Safwan Anang
25.   Rahmat Ikhsan
26.   Nur Hadi Mohamad
27.   Zainul Lutfy
28.   Sheikh Omar Ali
29.   Fareed Fahimi
30.   Muhd Al Fateh Abd Adzis
31.   Ekhsan Bukharee
32.   Amirul Hisam
33.   Shukri bin Mokhtar
34.   Mohamad Ammar Atan
35.   Ahmad Farhan Rosli
36.   Jean Siow
37.   Adrian Lim
38.   Quratulain Atiqah bt Norzahirul Anuar
39.   Ong Jing Cheng
40.   Serene Lim
41.   Aiman Hakim
42.   Nazrin Aris
43.   Harieyadi Karmin
44.   Mohd Khairuddin Daud
45.   Mohd Asraf Sharafi bin Mohd Azhar
46.   Rohayu Rusli
47.   Muhammad Nazrul bin Nazir
48.   Muhd Syazmee Sapian
49.   Suhail Wan Azhar
50.   Aida Adibah Anuar
51.   Mohd Ezzuandi Ngadi
52.   Fahmi Zainol
53.   Mus’ab Habib
54.   Yazid Khairul Azman
55.   Muhd Rusydan Ruslan
56.   Young Syefura Othman
57.   Shazni Munir Ithnin
58.   Edikoup Lakip Sediyanto
59.   Adam Festival Wilfrid
60.   Azzam Ahmad
61.   Mohd Zaimi
62.   Ahmad Akmal
63.   Melanie Yong
64.   Ho Chung Shin
65.   Tan Sze Ming
66.   Zaim Yusoff
67.   Muhamad ‘Abdin Syakirin b Muhamad Azmi
68.   Kew Si Cheng
69.   Darwin Lim Chee Chien
70.   Johan Ariff
71.   Bawani Ks
72.   Hassanal Sofwan
73.   Abdul Razak Endut
74.   Mohd Fatullah
75.   Ikram Ismail
76.   Mohd Asraf
77.   Hafizudin
78.   Nazimi
79.   Ahmad Khomeni
80.   Mohd Arif
81.   Arif Rafar
82.   Anis Aqhaqie
83.   Sufizal Azwar
84.   Irwana Azizi
85.   Naqiuddin
86.   Ahmad Nasuha
87.   Ismin Hariz
88.   Ismin Hakim
89.   Shahnizam Lateh
90.   Haslam
91.   Faisal bin Zainal
92.   Wong Kah Hiet
93.   Hafiz Hasyi
94.   Asyrof Hamdan
95.   Muhammad Haziq
96.   Afiq Firdaus
97.   Nur Syazwan
98.   Muhammad b Ahmad Nor
99.   Faiz Mazlan
100.                        Amir Azhar
101.                        Shahril bin Mokhtarruddin
102.                        Chan Yin Qian
103.                        Deborah Augustine
104.                        Nunui At Tantawi
105.                        Amir Amin Halim
106.                        Amirul Aizal Abd Aziz
107.                        Nik Aziz Afiq Abdul
108.                        Mimiramadina bt Mohamad kipli
109.                        Nursyafiqah binti Omar
110.                        Mohd Faddhil
111.                        Nurul Nadhirah bt Amran
112.                        Adzim Arshad
113.                        Husaini Yusof
114.                        Muhammad Amirul Afiq Mohd Nor
115.                        Najwa binti Abdul Aziz
116.                        Azrul Hakimi Mohd Azami
117.                        Muhammad Najib bin Abdurrahim
118.                        Ihsan Fadhli Abu Iman
119.                        Nik Abdul Razak Md Ridzuan
120.                        Hazman Baharom
121.                        Rusni Tajari
122.                        Mohamad Zarin
123.                        Safwan Shamsuddin
124.                        Mohamad Amirudin Ali
125.                        Soh Jiann Shuenn
126.                        Lee Chung Lun
127.                        Robert Lua Khang Wei
128.                        Subatra Jayaraj
129.                        Lena Hendry
130.                        Mekie Chang
131.                        Kelvin Lee See Kiang
132.                        Lee Wai Hong
133.                        Mohd Syaheer bin Shuib
134.                        Muhamad Azan Safar
135.                        Rayner Sylvester Yeo
136.                        Chiew Choon Man
137.                        Gan Zhi Jie
138.                        Mahfuzah Khalid
139.                        Azri Marmoh
140.                        Merico Achenk
141.                        Ng Xiang Yi
142.                        Lee Soo Wei
143.                        Asim Abdullah bin Ainullotfi
144.                        Zaki Sukery
145.                        Rendy Ismail
146.                        Izmil Amri

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.