Home » » Guruh Petir Hanya Sementara , Langit Cerah Kembali

Guruh Petir Hanya Sementara , Langit Cerah Kembali

Yang duk bergegar mcm langit nak runtuh cuma di media eksklusif mereka sahaja. Hakikatnya orang ramai sudah mula faham dan tahu apa cerita. Ahli2 lagilah mula faham.

Peranan kita menerangkan apa yg kabur. Mematahkan fitnah. Mengajak pengukuhan. Nak bela rakyat, parti kita tak boleh lagi disibukkan dgn karenah kacau bilau dlm saf kepimpinan.

Peranan ahli dan perwakilan kembali membulatkan mereka.

Yang bermata satu, mungkin kerana deria yg tak sihat, gagal melihat menggunakan kedua2 belah mata agar pertimbangan lebih saksama dan seimbang. Mereka kena direhatkan sehingga kembali sembuh.

Tahniah kpd yg sudah selesai. Yang masih belum, kita jayakan pengukuhan.

Amal Jamaie Kerja Berpasukan.

Perwakilan mesti tentukan yg punya karakter semangat berpasukan dan tahu prinsip asas disiplin berada dalam pasukan.

Jangan pula penyakit ala UMNO berjangkit kpd perwakilan.

Ini musim sponsor besar besaran untuk pastikan PAS lemah dan sentiasa boleh ditundukkan dalam proses tawar menawar 'bargaining' antara parti parti komponen PR.

Orang tak sayang duit untuk taja penginapan perwakilan ke muktamar, taja tiket penerbangan, taja jamuan makan sedap2.

Ini penyakit baru bawaan parasit yg tak pernah dikenali PAS.

Kerana itu jgn leka kerana bilangan pencalonan belum tentu boleh diharapkan akan diterjemahkan amanah akar umbi oleh perwakilan sekiranya tidak amanah.

Siaplah hadapi semua cobaan dan propaganda yg mengelirukan.

Perwakilan perlu sebijak rakyat Kelantan yang ditarbiyyah Murobbi Almarhum Tok Guru Nik Aziz yg tegas membuang mereka yg bermasalah dan melantik pengganti yg jujur dan berprinsip.

Sebijak rakyat Kelantan yg " Orang beri kita ambil, tapi pangkah Bulan"

Dan jangan buat tak cakna pula, kita pernah diributkan oleh karenah JAWATANKUASA PEMILIHAN.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan
PAS Kuala Terengganu
19hb. April 2015

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.