Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Dalam
kehidupan sehari-hari, kita sering mendengar desas-desus yang tidak
jelas asal-usulnya.Suatu peristiwa kecil, tetapi dalam pemberitaannya,
peristiwa itu begitu besar atau sebaliknya kerana desas-desus yang
tidak diketahui kebenarannya.
Terkadang juga berita itu menyangkut kehormatan seorang muslim dan pemimpin.
Jika sebuah rumah tangga boleh menjadi retak, hanya kerana sebuah berita yang belum tentu benar, apatah pula jemaah kita?
Allah berfirman:
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن
تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ
نَادِمِينَ
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu
orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar
kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". [Al
Hujurat: 6]
Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya?
Ayat
Quran di atas mengajar agar siasat berita dari orang fasik terlebih
dahulu. Bahkan, berita dari mereka yang kita tidak ketahui latar
belakang dan identiti lagi perlu ditolak kerana ia merosakkan dan
menimbulkan pelbagai fitnah kepada individu yang tidak disukai atau
sengaja memecahkan jamaah.
Berhati-hatilah. Kerana di dunia digital ini, musuh boleh menyamar dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Jauhi
fitnah dengan berita yang belum tentu sahih dan benar. Fikirkanlah dosa
dan balasan akhirat yang berat sekiranya kita melakukan fitnah kerana
desas-desus yang daripada orang yang tidak diketahui. Itulah bagaimana
seharusnya sikap kita sebagai seorang muslim terhadap berita-berita yang
belum jelas kebenarannya itu.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment