Oleh NASRUDIN HASSAN
Saya tidak dapat gambarkan bagaimana sengitnya perang cyber sepanjang tempoh menghampiri
detik Muktamar Tahunan PAS nanti. Pelbagai pihak mula mengambil
bahagian dengan aneka pendekatan yang membawa misi masing-masing. Lebih
menarik, DAP yang tidak ada kena mengena dengan muktamar PAS itu pun
'galak gatal' mencampuri urusan dalaman PAS.
Media baru jadi
meriah dengan pelbagai label dan ia bagaikan peluru M16 yang dilepaskan
ke arah musuh masing-masing untuk memastikan kepala dan dada dirobek
semahunya. Semuanya bertindak nekad tanpa peduli lagi kesan sampingan
atau kesan langsung yang bakal berlaku.
Pihak ketiga yang paling
ramai terlibat dan mereka adalah cybertrooper dan sharpshooter. Sama ada
mewakili satu pihak secara sukarela atau mereka sememangnya dibayar
khusus atau sememangnya mereka bermaksud mahu mengadu domba dan
melaga-lagakan antara pihak yang berkonfrantasi.
Pertembungan
sengit ini turut melibatkan pihak keempat. Satu pihak yang asalnya tidak
terlibat langsung dengan perang cyber ini tetapi terseret secara tidak
langsung kerana mereka juga adalah pengguna tegar media baru.
Maklumat
dan jaringan sosial mereka terpaksa melalui jalur lebar media baru
tersebut. Akhirnya, mahu tidak mahu mereka turut terpalit dalam menentu
sikap sama ada pro dan kontra sekalipun di dalam hati mereka penuh
dengan taman dan bunga.
Terlalu sedikit mereka yang benar-benar
ambil sikap berkecuali melainkan kecuali mereka adalah kecuali yang
berpihak jua. Jaringan gerak hidup mereka dikepong oleh whatsapp group,
telegram, facebook, twitter, instagram, we chat, sms, blog dan web site.
Hampir tiada jalan keluar kecuali mereka yang hanya berkurung di ceruk
dapur beratap nipah.
Suka atau tidak, demikianlah situasi di
pentas politik tanah air kita buat masa ini. Kalau lah label itu peluru
dan bom, tentu sahaja kita bagai berada di bandar Allepo dan Hums atau
di Genting Gaza yang gamat dengan bedilan senapang dan meriam. Lebih
sadis, peluru tidak kenal mangsa. Ramai pula menjadi mangsa peluru
"sesat" yang tidak tahu arah datangnya.
Label terdapat dua
kategori sifatnya. Label yang bersifat benar dan label yang bersifat
fitnah. Al-Quran juga sarat dengan label tetapi pastinya penggunaan
label di dalam Al-Quran adalah benar.
Label seperti kafir,
munafik, musyrik, taghut, sesat, khianat, bodoh, himar, boneka dan
sebagainya memang terdapat dalam wahyu Allah swt dan ditujukan kepada
sebahagian manusia.
Saya ambil satu contoh firman Allah swt:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا
Dan
apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum
Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,"
nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta
menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
(Surah An Nisa': 61)
Ayat ini menyaksikan bagaimana Allah swt
menyebut golongan yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah swt dan
RasulNya saw sebagai golongan munafik iaitu berpura-pura Islam.
Kedudukan
begini kita tidak boleh menolak dan mempertikai Al-Quran kenapa melabel
manusia dengan munafik, bodoh, tolol, samseng, khianat, jahil, sesat,
dan lain-lain yang sangat banyak dalam Al-Quran bah kan juga sunnah Nabi
saw. Label kategori ini adalah label yang bersifat benar.
Sementara
label yang bukan pada sasaran yang betul dan tidak mempunyai bukti atau
saksi yang benar maka ia adalah label yang bersifat fitnah. Biasanya
digunakan untuk membunuh karektor dan menjatuhkan imej seseorang.
Label
jenis ini dilarang dan tidak dibenarkan oleh Islam. Memanggil para alim
ulama dan para pejuang Islam yang mukhlisin serta insan yang soleh
dengan panggilan, gelaran atau label yang buruk adalah keji dan hina.
Justeru
sebagai seorang anggota Jamaah Islam, kita patut tahu perkataan yang
mahu ditulis dan istilah yang mahu diungkap atau label yang mahu
ditampal agar tidak terjebak dalam melepaskan 'peluru' pada sasaran yang
salah. Itu adalah fitnah yang keji. Bertaqwalah kepada Allah swt.
Kata
pada yang benar itu benar dan kata pada yang batil itu batil. Jangan
kata pada yang benar itu batil dan jangan kata pada yang batil itu benar
pula jangan diam dari berkata benar.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment